Tuesday, March 24, 2009

Karnival Pendidikan MARA 2009

Karnival Pendidikan MARA 2009

Aku mgkn dah berumur 22 thun skang, tapi, for some reason aku slalu nak pergi karnival ni. Kenapa? Here goes...


Masa aku habis spm dulu, hidup aku sangat tak menentu, hidup tak tentu arah, boleh la dikira the dark age of my life. Dgn kputusan SPM yg saaaaangaaaat teruk, aku mundar mandir. Aku dah stat risau dah, matrik, diploma, ntah mana hala tuju aku lepas ni, comes to the worst aku ingt nak amik je diploma, tapi ntah camner aku dapat tau pasal carnival ni, so aku pun pergi la. Karnival tu hari Sabtu, dan kputusan matrik kuar hari khamis kot, aku cek kat internet dan tidak mengejutkan la aku tk dapat tmpat kat sana. Aku sangat2 risau, apa aku nk bgtau mak aku ni, mana aku nk smbung blaja? Kerja is definitely not an option, so aku pergi carnival ni, dgn Shauki pun ada time tu. Aku pergi booth UniKL, dan dapat tahu pasal program asasi atau foundation yg diorg buat, dan aku tnya pasal fees, hostel apa semua la, dan aku register utk program tu

Masa tu aku usha semua program utk lepasan spm, paling murah aku jumpa RM8k sumthing utk kos foundation. Aku mmg nk buat matrik atau foundation je, sbb diploma mcm lama je, tp tu la, result pun mcm apa nk minta yg power2, masa ni la semua bnda datang, penyesalan, semua “kalau lah” datang, tp tu bkn apa berbanding apa yg mak aku lalui. Apa yg dia nk beritahu kpada org lain, sedara mara, kawan-kawan sepejabat dia? Anak2 orang lain SPM 8-9A, aku 2 je, semua pergi kolej dn masuk program power2. Aku? mmg ntah ke mana. Aku tak tau la UniKL tu bawah MARA, aku ingat kolej private,dan aku tgk dia nyer bayaran pun sama je mcm kolej2 lain, segulung degree dgn harga RM50-60 ribu gak la, tp nasib baik semua student dia bleh minta bantuan MARA. Dan sbb masa tu tak ramai orang tahu pasal ni, aku fikir ni boleh jadi satu platform yg baik utk aku lanjutkan pelajaran. Sbb tu carnival ni begitu penting bg aku, sbb aku dpat cari ikitbar, dan pengajaran dari perkara yang pernah aku lalui dulu, dan aku harap la aku tk prlu lalui semua tu lagi.


Aku masih ingat, the moment surat tawaran foundation tu sampai, aku gembira tak terhingga, bersyukur bukan kepalang, dan bila mak aku balik petang tu, aku panjangkan surat ni kepadanya. Skurangnya dia tak perlu lagi risau hala tuju anak bongsunya ni, dan aku tahu dia mmg sangat gembira bila dapat surat ni. Aku yakin, semua ni berkat doa mak aku gak. Aku rasa aku jumpa pluang ni sbb mak aku doa siang dan malam utk kejayaan aku, anak bongsu yang slalu je menyusahkan dia. Jadi pada hari ini, aku memijakkan kaki lagi ke tempat ini, tempat yg sekiranya aku tak pergi, mgkn aku akan melalui jalan yg lain dalam hidup ini, sbagai salah satu peringatan betapa susah, lemah, hina dan inferior nya aku pada zaman keremajaan itu. Aku berdoa semoga aku akan sentiasa dipenuhi hidayah, dan semoga Tuhan sentiasa membukakan jalanNya kepada hambaNya yang hina dan kerdil ini.




Orang slalu kata 'Experience is your best teacher' and I couldnt agree more. Aku harap kejayaan akan sentiasa di sisi dan rakan2 yang lain, like we always had :)

No comments:

Post a Comment