Saturday, February 14, 2009

Keretapi Tanah Melayu

Mungkin idea ni ngarut sket, tapi tak kisah la. Aku dapat idea ni time balik ari Jumaat, terhuyung-hayang dalam komuter, selepas menumpang kereta Syed Nabil Syed Jalal, dalam pkul 4.30 ptg (lambat sket sebab kakak dia ada urusan tapi terima kasih bebanyak la), naik dari stesen Serdang, jadi dalam keretapi komuter aku catatkan idea ni kat henfon.At least tak terasa lama sangat la dalam gerabak tu. Malam tu aku edit sebelum kluar minum ngan Sufian Scofield.


Kereta api tanah Melayu,

Dari Seremban ke KL Sentral,

Ku naiki untuk menutut ilmu,

Letih pada badan lesu pada mental,

Orang ramai berpusu-pusu,

Aku turut terburu-buru,

Aku terpaksa berdiri,

Berasak-asak sudahlah pasti,

Ingin duduk tapi kasihan,

Pada mereka yang tidak berkeupayaan,

Kerana mereka lebih memerlukan,

Warga emas dan ibu mengandung,

Di dalm tren berlaga-laga,

Jika terjatuh atau tersandung,

Kita tiada sakit tapi mereka juga yang merana,

Jika perkara ini dapat dibendung,

Mungkin hidup mereka akan lebih gembira,

Kerana mereka akan terlindung,

Daripada rasa dikhianati penduduk senegara.

Dari tingkap aku memandang ke langit,

Penuh harapan dan begitu cerah,

Seolah-olah pulang dari perang yang sengit,

Tapi malangnya hatiku cedera parah.

Atas rel yang berkarat,

Keretapi ini meluncur laju,

Dan dengan muatan yang sarat,

Tetap melakukan tugas mengikut waktu.

Fikiran dan khayalanku bertambah kelam,

Hati yang parah parutnya berkekalan,

Walaupun berhadapan panorama dan keindahan alam,

Pedihnya tidak dapat keretapi ini tinggalkan

Oh keretapi tanah Melayu,

Bawalah aku pergi,

Jauh dari sini,

Pecut laju-laju lagi,

Tinggalkan luka-luka ini,

Yang tidak dapat dilihat tapi cuma dirasai,

Tinggalkan kenangan-kenangan ini,

Sepertimana kau meninggalkan pemandangan yang indah,

Mungkin terlalu banyak dan kini kau tidak kisah,

Walaupun pahit untuk menuju ke depan,

Tetapi kenangan yang baru pasti akan tercipta,

Dan akan berlaku lagi perpisahan,

Seperti orang yng bercinta.

Tapi janganlah dikhuatiri,

Bumi ini luas tidak terperi,

Rel untuk kau lalui pasti tiada jalan mati,

Selagi masih menyinar mentari di ufuk bumi,

Harapan hidup tidak akan mati,

Besar kemungkinan akan hidup kembali,

Semuanya terletak pada jati,

Dan keinginan diri.

Oh kekasih hati,

Aku berdoa kita akan bertemu lagi,

Sama seperti keretapi ini,

Mencari sebuah penamat suatu destinasi,

Dan pemandangan terindah yang diingini.

Date: 19 August 2006, Masa: 1.50 pagi


note: btw, on the day i posted this...is the day i felt bad about something.haha, just a reminder je, not like anybody cares pun, haha. But hopefully, I'll try to manage, like you always had :-)