Kadang kala,
Manusia tidak dapat lari,
Antara nafsu dan cinta,
yang lara dan hakiki
Cinta pada zahir,
Bukan pada akal,
Kita mahir,
Tapi bebal
Jika hati dan cinta,
retorik semata-mata
apakah ini yang aku rasa?
Hanya padaNya sahaja,
Hak cinta kita,
dan getaran ini,
Kuasa Ilahi
Kadangkala, dalam hidup, kita diberi pilihan, dan retrospeksi kehidupan mengajar kita utk lebih matang, tetapi sejauh manakah kita dapat mengikut teori kehidupan yang kita inginkan, dan ada kalanya, ketika kekosongan memasuki setiap rongga dan saraf jiwa dan nurani, ilham-ilham dan idea-idea menerpa minda, memberi salam kepada sesiapa yang ingin memberi kebenaran kepada ilham dan idea ini terbentuk, dan ada kalanya, di sebalik ironiknya setiap peristiwa hanya mendekatkan kita pada fitrah, dan siapa lagi yang lebih afdal untuk membincangkan fitrah diri selain Sang Pencipta yang Maha Berkuasa; dan ada kalanya, antara kadang kala yang terjadi dapat memberikan manfaat kepada diri, dan untuk itu, ayah mendoakan kesudahan yang baik bagi kita, kerana kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang beriman. Wallahu a'lam.
Ive been living in the past too much, Ive enjoyed so many rides with my time machine ticket.
It's really time to forgive, forget and move on.
I love you guys like I always had :-)