Tuesday, October 18, 2011
Another Chance I Guess
Ada orang pernah bertanya pada ayah, kenapa kita sentiasa menagih cinta apabila kita sedar bahawa cinta itu membutakan? dan dalam keghairahan kita mengejar cinta, kita terlalu taksub dengannya sehingga kita mengalpakan cinta dariNya. Apabila cinta hambaNya tidak lagi dapat kita tagihi, kita lantas menadah tangan meminta kepadaNya agar kembali ke dalam terjerumus dalam keadaan yang pada dasarnya kita fikir tidak berdosa malahan ramai yang mengelarnya sebagai cinta sejati, tetapi sebenarnya hanyalah suatu fasa sementara dan alasan untuk kita bergelumang dengan nafsu; dan lebih pelik lagi, walaupun kita sedar dengan setiap keburukan dan kekurangan yang akan kita hadapi, KENAPA kita masih memilih cinta itu? Ketepikan buat sementara kisah orang lain, ini cerita kita, cerita ayah pada anak-anaknya dengan tujuan memberi iktibar, dan memikirkan kembali pengalaman lalu, betapa sesatnya ayah ketika itu, betapa patutnya terjadi perkara yang terjadi itu terjadi peristiwa yang sangat memalukan; setiap kejadian itu ada hikmahnya, dan ini adalah peringatan pada diri ayah sendiri, supaya jangan terlalu ghairah mengejar cinta yang tidak pasti, sehingga mengorbankan prinsip dan peribadi seorang muslim. Ayah cuba tak buat lagi. Ayah sentiasa sayangkan kamu , like I always had.
Subscribe to:
Posts (Atom)