Monday, September 9, 2013

Walaupun Aku Anak Dol, Aku Juga Punyai Perasaan dan Haq

Assalamualaikum kids. I know, at some point in my life I had stopped contributing towards this blog, however, I can assure you that I never stopped writing, at least not in my mind. Things happened, and I guess, now I am feeling prepared to write again, in a more constructive, assertive thoughts and sane mind, wallahu a'lam.

Nevertheless, I guess at this point in life you may had realized a shift of paradigm in my writings, or maybe not, but I guess it is just another subtle way of saying "hanafiah, it is time to get out of the comfortable zone and get serious!". Well I guess here it goes: continuing the momentum where I left one year ago; hopefully with God's grace, He will be able to guide us throughout these hardships and difficult times along this journey we called 'life'.

I had a story I feel like sharing.

Ayah ada cerita untuk disampaikan; yang ayah percaya, sedikit sebanyak mampu mencerahkan fikrah kamu.

Dalam perjalanan ke tengah bandar Dublin di sebuah jalan bernama Aungier Street, ayah terserempak dengan dua orang budak perempuan kecil yang pada anggaran ayah berumur kurang dari 10 tahun. Dari jauh, ayah melihat mereka sedang menyepak-nyepak, dan menendang dengan sekuat hati sambil tersenyum ke arah pintu sebuah kedai. Kelibat mereka yang memakai baju merah jambu cerah tidak ubah lagak seperti anak dol (anak dol ialah anak-anak warga tempatan di Ireland yang hanya menerima wang kebajikan yang agak banyak sehingga tidak memerlukan mereka untuk bekerja dan selalunya berlagak samseng dengan memeras ugut orang lain). 

Dalam kelincahan kedua kanak-kanak itu cuba untuk menyepak dan memecahkan pintu tersebut, di sisi mereka ada seorang wanita asia, lagak seperti pemilik kedai tersebut. Namun, peliknya, raut wajahnya tidak pula menunjukkan seperti dia sedang dianiaya oleh kedua-kedua kanak tersebut; dan ayah pun terdetik dalam hati:

"ni mesti kerja anak dol la ni, tak habis-habis nak menyusahkan orang; dah la banyak budak malaysia kena pau, dengan basikal aku curi, nak je aku rembat muka korang ni"

tetapi, apabila ayah berjalan merentasi mereka, maka baru ayah memahami situasi sebenar. Mereka bukanlah cuba untuk melakukan vandalisme, atau sengaja hendak memecahkan pintu kedai tersebut, tetapi mereka sebenarnya cuba untuk menolong pekedai tersebut membuka pintu kerana beliau terkunci dari luar. 


dan ayah terdiam, terkaku sebentar. hilang setiap perasaan agresif, marah; malah diselubungi malu.

"tahniah hanafiah, engkau secara rasminya telah berjaya menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri; kau telah berjaya menjadi seorang yang tidak lagi menghiraukan kesukaran orang lain; di saat orang lain menghulurkan bantuan, kau hanya mampu berdiam diri"

dan ayah terus berjalan dengan langkah yang berat.


ayah terfikir, 

"jauh mendahului hak peribadi, adalah hak Allah"

maka

"bagaimana pula hak mereka terhadap Islam?"


"bagaimana pula hak risalah Islam untuk disampaikan kepada mereka?"

"takkan hanya kerana mereka itu kasar kita tidak dapat sampaikan ajaran ini kepada mereka?"

"adakah Rasulullah s.a.w. terus menyerah apabila risalah Islam ditolak dengan cara yang lebih teruk dan kasar oleh masyarakat Quraisy?"

"dan bolehkah aku berkata aku telah menyebarkan risalah apabila apa yang aku lakukan senang, kacang goreng sekali?"

"dan apabila aku berdepan dengan sahabat-sahabat yang mungkin berlainan fikrah, berlainan pendapat; aku berasa kecewa kerana mereka tidak menerima apa yang aku sampaikan?"

"dan seperti mana aku menghadapi anak-anak dol ini, aku juga mempunyai persepsi negatif yang mungkin terzahir dalam keadan sedar atau tidak sepanjang usaha mengajak rakan-rakan lain ke arah yang lebih Islami?"
dan ayah telah membiarkan rasa prejudis, bias dan stigma dari pengalaman lalu mempengaruhi keputusan, emosi dan pemikiran; bukankah anak-anak dol ini juga berhak ke atas Islam seperti mana ayah telah mendapat kefahaman ini? seperti mana kamu juga mendapatinya? bukankah Islam itu rahmatan lil alamin? tetapi, mana mungkin ayah menjadi tamak dan menyimpannya untuk diri ayah sendiri tanpa dikongsi? tanpa diberi kepada orang lain? dan bagaimana pula dengan SYAHADATUL HAQ kita?

(@_@)

Ayah kaku, dan terus berlalu bersama kesejukan tiupan angin musim luruh hemisfera utara.

Wallahu a'lam.

I love you guys, like I always had :-)