Hati itu Apa?
Hati itu bukan bumi,
Kerana Hati tidak ada indah yang bisa membuat kita selesa,
Dan tenang seperti keindahan alam ciptaanNya,
Hati itu gelap,
Dan sepahit racun,
Bukankah kata orang; ikut rasa Hati, kita mati?
Hati tidak ada satu, atau dua,
Boleh jadi tiga atau tiga perlima,
Kerana Hati mampu mengasihi,
tanpa batasan kapasiti dan kuantiti,
Hati tidak mungkin kosong,
Biar betapa keras kau disokong,
Kerana sepi akan datang berkunjung.
Oh Hati yang taat,
Sejauh manakah ketaatanmu itu?
Kerana hanya menghadap kiblat,
Bukanlah ketaatan yang jitu.
Andai jatuh Hati,
Pasti rasa tidak keruan,
Ketenangan yang dicari jauh skali,
Dada ditikam penuh debaran.
Wahai Hati,
Adakah engkau lurus?
Atau hanyalah kebodohan yang tulus?
Hati yang sunyi,
Ketandusan bunyi,
Mungkinkah itu ketenangan yang dicari?
Atau kekosogan yang hakiki.
Jadi, apakah Hati?
Haha, jiwang gila kot, well at least dats a sign dat i'm also once an adolescent too, with burning passion and huge rush of adrenaline flowing all over me. Well, hopefully some part of dat will stay the way it was like I always had :)
No comments:
Post a Comment